International  

Universiti Leipzig

Universiti Leipzig didirikan pada tahun 1409 dan merupakan universiti kedua tertua di Jerman tanpa pengajaran yang terputus. Kini Universiti Leipzig mempunyai 14 Fakulti dan lebih daripada 150 institut dengan sejumlah disiplin saintifik yang luas di bawah satu bumbung.

Dari A seperti Arkeologi sehingga Z seperti Zoologi, Universiti Leipzig bertindak sebagai sebuah universiti klasik terlengkap bagi memenuhi pelbagai disiplin ilmu yang berbeza dengan menawarkan bidang sains semula jadi, undang-undang, perubatan dan veterinar serta bidang kemanusiaan dan sains sosial. Sebanyak kira-kira 28,000 pelajar dari seluruh dunia belajar dalam lebih 140 kursus. Pelbagai hubungan kerjasama dengan universiti luar negeri dan penawaran kursus peringkat antarabangsa telah menjadikan Leipzig sebuah pusat pendidikan tinggi berdaya tarikan istimewa. Universiti Leipzig mempunyai program pertukaran dengan sekitar 350 rakan universiti-ERASMUS di lebih kurang 150 bandar serta dengan lebih daripada 60 universiti di luar Eropah.

DoktorandInnenausbildung auf internationalem Spitzennivau
© Waltraud Grubitzsch

Kepelbagaian jurusan tradisi juga menjadi dasar bagi penyelidikan interdisiplin pada peringkat tinggi. Hal ini tercermin terutamanya melalui enam bidang penyelidikan berprofil menyaksikan pelbagai fakulti bekerjasama dengan institut penyelidikan di luar universiti. Dengan motto panduan „Merentasi sempadan tradisi“  universiti Leipzig telah berjaya mencapai pengiktirafan antarabangsa, terutamanya dalam bidang bioperubatan, kajian-kajian wilayah dan bahan-bahan kecerdasan.

Tradisi agung Universiti Leipzig telah menyaksikan ketokohan sarjana bereputasi tinggi dan pemenang Hadiah Nobel seperti Wilhelm Wundt, Wilhelm Ostwald, Iwan Petrowitsch Pawlow, Werner Heisenberg, Schinitschiro Tomonaga, Gustav Hertz, Hans Mayer atau Ernst Bloch. Antara pelajar-pelajar ternamanya adalah seperti Thomas Müntzer, Gottfried Wilhelm Leibniz, Gotthold Ephraim Lessing, Johann Wolfgang Goethe, Friedrich Nietzsche, Richard Wagner, Felix Bloch, Edward Teller, Wang Foh-san, Carl Friedrich von Weizsäcker, Hans-Dietrich Genscher dan Angela Merkel. Kini Universiti Leipzig mempunyai kira-kira 150,000 alumni.

Leipzig dikenali kerana suasana kota metropolisnya yang istimewa dengan budaya yang beraneka ragam, kawasan kediaman yang hidup dengan banyak kemudahan sukan dan masa lapang. Kehidupan budaya ini diperkaya juga oleh muzium dan koleksi universiti serta musik universiti Leipzig.

Kampus baru Augustusplatz yang berada di pusat bandar sudah hampir siap, dan disertai dengan bangunan bilik seminar dan dewan kuliah moden, perpustakaan 24-jam sehari yang pertama di negeri Saxony, Auditorium Maximum dan Paulinum yang bakal dibangunkan, pusat komputer dan kafetaria di taman menyediakan ruang pembelajaran yang terbaik.

(Sehingga: Julai 2011)


letzte Änderung: 06.01.2014 
Jetzt bookmarken:Facebookgoogle.comdel.icio.usMister WongLinkaARENASiteULike

Kontakt

Akademisches Auslandsamt
Goethestraße 6
04109 Leipzig

Telefon: +49 341 97-32020
Telefax: +49 341 97-32049
E-Mail